BAJA NPK NUTRIGRO
Nikmati perningkatan hasil tanaman dengan berganda-ganda!
TENTANG KAMI
BAJA NPK NUTRIGRO
Pilihan Petani, Peladang dan Pekebun
BAJA NPK NUTRIGRO ini adalah salah satu inovasi terkini dalam bidang pertanian untuk meningkatkan hasil tanaman sehingga 200% dalam masa 6 bulan. Baja ini dirumus khas daripada gabungan pelbagai jenis bahan kimia seperti Nitrogen, Phosphorus, Kalium, Magnesium Oxide dan Trace Element seperti Magnesium, Ferum, Manganese, Boron, Kuprum, Zink dan Molybdenum dalam kadar nisbah tertentu.
​
Unsur penting dalam BAJA NPK NUTRI GRO iaitu :
i. Nitrogen (N ) merupakan unsur yang berfungsi di dalam pembesaran untuk daun sebanyak 12%.
ii. Phosphorus (P) penting untuk pembesaran bahagian akar sebanyak 9%.
iii. Kalium (K) membantu dalam perkembangan keseluruhan pokok termasuk bunga dan buah sebanyak 27%.
iv. Magnesium( MgO ) membantu untuk membentuk warna hijau pada daun dan meransang pembentukan senyawa lemak dan minyak.
v. Trace Element (Ca, Mg, Fe, Mn, Bo, Cu, Zn dan Mg) dapat meningkatkan kualiti tanaman dan juga meningkatkan sistem pertahanan pokok dari serangan kulat dan serangga sebanyak 2.7%.
.
Jika anda lihat dari segi peratusan yang diberikan, anda akan dapati kami sangat mementingkan perkembangan pertumbuhan pokok yang sihat dan seterusnya menggalakkan penghasilan hasil tanaman yang banyak!
MAKIN BERAT, MAKIN LEBAT, MAKIN HEBAT!
​
Kelebihan BAJA NPK NUTRIGRO
BAJA NPK NUTRI GRO terbukti lebih baik dari baja yang ada dalam pasaran. Antara kehebatan NPK NUTRI GRO ini ialah:
​
1. Baja yang MENJIMATKAN, PRODUKTIF dan BERKUALITI telah di formulasi sejak 6 tahun lalu untuk pelbagai jenis tanaman seperti kelapa sawit, getah, padi, pisang, durian dan lain-lain. DIPERKAYA dengan MIKRO NUTRIEN seperti kandungan Mgo, Zink, Ferum, Boron dan sebagainya untuk hasil tanaman yang lebih maksimum.
2. Murah dan Jimat . (contoh untuk pokok kelapa sawit pengguna perlu guna 3 bulan sekali iaitu 4 sudu satu pokok untuk 3 EKAR sekali penggunaan).
3. Ujian makmal oleh UTCL LABORATORY (Mahamurni Plantations Sdn Bhd anak syarikat kepada Kulim Plantations (M) Sdn Bhd.
4. Disimpan dalam tong yang kukuh. tidak mudah pecah. Mudah untuk dibawa dalam kebun yang curam dan berbukit. Boleh disimpan sementara dalam pelepah sawit untuk menyambung pembajaan seterusnya.
5. Meningkatkan hasil dan kualiti tanaman.
6. Menurunkan keasidan dan memperbaiki tahap keasidan tanah.
7. Meningkatkan keupayaaan nutrisi & daya tahan tanah serta memperbaiki ciri fizikal tanah.
8. Meningkatkan sistem imunisasi tanaman.
9. Harga yang murah serta bermutu tinggi.
10. Memberi kesan jangkamasa panjang pada tanaman.


Cara Penggunaan BAJA NPK NUTRIGRO
Tanaman : Sayuran/Bunga Semaian/Tembakau
Kadar Membaja : 2 Minggu sekali
Kadar Penggunaan :
3 sudu baja yang dilarutkan dalam 18 Liter air untuk suku ekar tanah. Disiram kepada daun tanaman.
Tanaman : Kelapa Sawit/ Buah – buahan
Kadar Membaja : 3 Bulan sekali
Kadar penggunaan :
a. 2 sudu baja untuk 1 pokok untuk pokok yang berusia kurang 3 tahun. Boleh dilarutkan dalam 1 liter air. Tabur/Siram di bahagian pangkal pokok.
b. 4 sudu baja untuk 1 pokok untuk pokok berusia lebih 3 tahun. Boleh dilarutkan dalam 1 liter air. Tabur/Siram di 2-3 meter dari pangkal pokok.
Tanaman : Getah
Kadar Membaja : 4 Bulan sekali
Cara Penggunaan :
2 sudu baja /pokok yang dilarutkan dalam 1 Liter air dan disiram di pangkal pokok.
Tanaman : Padi
Kadar Membaja : 20 – 40 HLT
Cara Penggunaan :
5 sudu baja yang dilarutkan dalam 18 liter air untuk 1/3 Relong. Disiram pada daun tanaman.

"Selepas 6 bulan, ini hasilnya!
BAJA NPK NUTRIGRO terbaik!"
Ahmad Said , Kluang, Johor
SEBELUM
SELEPAS


"Buah kelapa sawit yang baik ialah sabut sawitnya yang lebih tebal dari isinya. Minyak diekstrak dari sabutnya. Hanya guna BAJA NPK NUTRIGRO sahaja boleh dapat hasil sebegini!"
En Samad, Raub , Pahang

TESTIMONI PELANGGAN
“Baja NPK NUTRI GRO memang BEST !!!…baaaru guna 9 bulan utk tanah saya seluas 10 ekar dah meningkat dari 7.72 tan pada bulan Januari, 2016 kepada 20.60 tan bulan September, 2016 …meningkatkan lagi kepada 24.48 tan (September, 2017)..”
Pak Mail, Kluang, Johor

Januari 2016
7.72 tan

September 2016
20.60 tan

Januari 2017
13.61 tan

September 2017
24.48 tan
Berminat nak tahu harga? Nak tanya?
Berminat nak tahu harga? Nak tanya?
Ingin menjadi agen NUTRIGO dengan keuntungan berganda-ganda?
Anda ingin membuat pembelian melalui webstore kami?
